Saturday, June 11, 2011

- No Tobacco Campaign-


Kelab Berbasikal Seri Iskandar diberi penghormatan untuk menjayakan kempen Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Perak pada 10hb Jun 2011 di Universiti Teknologi Petronas,Tronoh

Kelab Berbasikal Sri Iskandari diberi tugas untuk mengedarkan risalah disepanjang laluan UTP ke Bandar Universiti,Taman SIDEC,Sekitar Pejabat Kesihatan Perak Tengah dan Taman Maju..


Jam 7.30pagi semua riders telah sampai diperkarangan Dewan Canselor UTP,Tronoh.

Wakil jabatan kerajaan yang terlibat dalam kayuhan kali ni adalah PDRM,Sri Iskandar,Pejabat Tanah dan Galian,UiTM Sri Iskandar,Unit Vektor JKN Perak,UTP,PKD Perak Tengah dan orang perseorangan disekitar daerah Perak Tengah



 Berborak sesama sendiri....dah lama tak berkmpul dan bersua muka..jd inilah masanya yang sesuai untuk bertanyakan khabar



 masa untuk mengambil t-shirt...thanks doktor Farah dan JK Norlida atas cenderahati untuk kami...

 wakil JKN pun ada...semangat nie....harap2 bos kami nampak ler ape yang kami buat utk masyarakat..


 En Abu..mcm dah tak sabar nak kayuh jer tuh...



 Bersama Doktor Mazliana,KK Parit



 yah...yah....yah...sesi regangan...nasib baik ada team berkayuh..kalau tidak mesti acara senamrobik tak ada sambutan....urusetia perlu buat post mortem.mana pergi orang kesihatan yang lain...?jgn esok lusa masyarakat pertikaikan cakap tak serupa bikin


mana perginya warga kesihatan yang lain .....yang selalu memberi khidmat nasihat utk bersenam?

Orang kuat Unit Vektor JKN Perak..
 Hambali and Kamarunzaman..orang kuat jugak nih...

 penguat semangat team kayuhan....hehehe...

 aper yang dok bisik tue..jgn mengumpat udah ler..

 Mr Tajul dgn anaknya

 4 orang jer yang ada .....kesian...



 sesi ambil goodies...

 instruktur from see-heart fitness centre

lompat tinggi tinggi sampai cucur atap....tp nie dah tumbuh gigi..confirm pandai baca kitab..

 mr kayuhajenyeye

 alvie agogo...IPD Sri Iskandar

 peace yaaaa...

 juling bijik mata tuh karang..


 Kami dilepaskan seawal jam 9.15am oleh Mr Chandran Kanniah From UPK Negeri Perak



 En Isa....jrugambar yang mengikut kami sepanjang masa


 Lalaun menuju keluar ke jalan besar dari UTP.kami diberi tugas untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan mengedarkan risalah kepada penduduk dan pemilik kedai disepajang laluan UTP ke Bandar Universiti











 Check point pertama:Bandar Universiti


 Leroimtb sedang mengedar risalah kpd salah sebuah kedai gambar disekitar bandar U

 pakchu pun tak ketinggalan mengedar kpd pelanggan stesen minyak petronas sri ikandar







 Stesen minyak Bandar Universiti pun termasuk dalam destinasi edaran risalah


 Stesen bas Seri Iskandar

 Serang.......

 Pose istimewa...hehe..walaupun panas terik..posing tetap maintain...
Mr Buliya...nasib baik ada buliya..kalau tidak siapa la yang mengiringi kam kali ini...

 Mr Norly....takkan dah penat kot

 Keluar dari Firha Food-court


 Kawasan bengkel pun kami terjah....

 cak.....

 Mr Ariff.


 Sekitar pejabat kesihatan perak tengah


Datuk Mah..Exco kesihatan telah pun sampai....



Kami sampai dengan selamat dan misi kami juga terlaksana dengan jayanya..habis semua tempat kami terjah dengan niat untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya rokok dan asap rokok terhadap kesihatan..

Segenap ruang diterjah..kedai makan,bank,kedai elektrik,kedai kain/tekstil,stesen minyak,komplek kerajaan,pejabat TNB,kedai mamak..dan lain lain lagi....

Semoga usaha murni yang ditunjukkan oleh sebahagian ahli kelab Berbasikal Seri Iskandar dengan kerjasama PKD Perak Tengah dan JKN Perak mendatangkan hasil yang memberansangkan..

Terima kasih kepada PDRM Sri Iskandar kerana menjaga keselamatan lalulintas sepanjang laluan kami.Terima kasih kepada Dr Farah dan Norlida kerana memberi ruang kepada kelab Berbasikal Sri Iskandar menabur bakti bersama kesihatan Perak Tengah menyampaikan mesej kepada masyarakat..

Terima Kasih Semua...

 -Salam LeRoi MTB -