Sunday, June 26, 2011

XPLORASI AGRO BIKE SEBERANG PERAK 2011

Xplorasi Agro bike Seberang Perak telah diadakan pada 25hb Jun 2011 dengan bertemakan MELANCONG,BERSANTAI DAN SIHAT.Ia dianjurkan oleh Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak dgn kerjasama Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Felcra

Seramai 470 peserta telah mendaftarkan diri bagi melibatkan diri dalam kayuhan kali ini.Dipaparkan sebahagian kenangan untuk dikongsi bersama blogger yang lain serta riders yang terlibat dalam kayuhan kali ini

 Seawal jam 5.00pagi Leroi telah keluar dari rumah utk berkumpul di Al-Bayan Taman Maju.Sampai disana terus menikmati roti canai .Surau Tmn Maju menjadi tempat kami Sembahyang Subuh pada pagi tersebut..

 Jam 7.10am kami tiba di Dewan Serbaguna Ckt Lada.Set-up basikal dan terus ke tempat permulaan

 Deretan kereta peserta kayuhan yang disusun rapi bagi memudahkan riders yg lain mengambil parking

Jam 7.30pagi semua peserta telah mengambil tempat untuk memulakan kayuhan.Taklimat keselamatan dan laluan telah disampaikan oleh En.Aziz 

Regangan....


 peserta cilik pun ada



 Meor Nixon dan Mr Kayuhajenyeye





 Bacaan doa di lafazkan bagi memohon kpd Allah agar program serta kayuhan kali ini tidak mendatangkan sebarang masalah dan musibah yang tidak di ingini.

 Jersi Kuning: Riders dari Felcra Changkat Lada


 Mr LeroiMTb,Mr Kayuhajenyeye dan Wak

Hello Sayang abang dah nak mula kayuh nie..

Starting...CP 1 to CP 2 = +-20km

Jam 8.10am para peserta dilepaskan dengan bunyi  Airhorn.Peserta di iringi oleh marshal yang bertugas dgn mengunakan motosikal.Keselamatan lalulintas oleh IPD Sri Iskandar dgn dibantu oleh pasukan RELA.

Lalun Jalanraya-Laluan Kelapa Sawit...Pergh penuh dengan jerangkap samar.Udah ler penat ngayuh.. dlm masa yg sama kena berhati-hati mengelak tompokan tahi lembu.Sesiapa yg bertuah dapat ler rase tahi lembu..
  Bergambar bersama pasukan kecemasan dari Poliklinik Changkat ada yang diketuai oleh 
Doktor Farah

 From Left: Jarr,Tajul dan Azahary


 Rawatan sebab cramp


 Mr Badrol,Jarr,Dr Farah and Mr Leroi


 Go Norly Go.....
 Jeling siapa tu Wan...?

Nikmatnya dapat makan....

CP 2 to CP 3 = +-18.57km 

Laluan disini meliputi kawasan sawah padi.Sepanjang laluan merupakan track berbatu yang di tambak bagi memudahkan lori dan kenderaan berat melalui untuk memungut hasil bumi.Tayar kerap kali spin dengan di tiup angin yang kuat dari hadapan menyebabkan ramai yang akan merasa cepat kepenatan..Mental yang tinggi diperlukan untuk merialisasikan impian untuk berkayuh sampai ke penamat.


 CP 3: Setelah penat berkayuh dengan halangan para peserta dihidangkan dengan air asam boi dan air tebu yang cukup manis.Enak rasanya...Kepenatan serta merta hilang dengan layanan petugas yang membawa gelas memberi kpd setiap riders yang sampai..

Buah nanas turut disediakan bagi mengembalikan tenaga yang hampir habis.Sebelum sampai di CP3 ada RnR atas bukit...Siapa yang nak penat boleh berhenti tapi sesipa yang tenaga masih ada tidak perlu berhenti.RnR atas bukit menyediakan pelbagai menu yang menarik...

Layanan kelas A,itulah yang wajar Leroi ungkapkan kpd urusetia..

 From right:Mr Leroi,Jarr and Meor Nixon sedang menikmati nanas..


CP3 to Finish:+-4.0km
Laluan ladang kelapa sawit dan perkampungan felcra menjadi pelengkap kayuhan kali ini.Sesuai dengan tema kayuhan Melancong...Bersantai..dan Sihat...Bagi penduduk yang tidak bekesempatan untuk hadir di dewan dan sepanjang laluan riders Agro Bike akan memasuki kawasan anda.Laluan sejauh 1.5km terakhir merupakan kawasan perkampungan.Dari Si ayah sampailah ke anak beratur di tepi jalan memberi sokongan  kepada semua riders yang mengambil bahagian.

 10.05pagi,sebahagian peserta telah sampai ke garisan penamat.Alhamdlillah dapat juga menempatkan  diri dibawah 20 kelompok peserta pertama.

 Seronok...Puas...Sihat... dan yahooooooo....

 Tegheber....tapi puas....

 Masih belum bertuah....





  
Jarak laluan 42.57km..itulah jarak yang direkodkan oleh meter Cateye Mr Leroi.Laluan berdebu yang menyesakkan pernafasan ..batu crunch yang memenatkan,pasir halus yg memperlahankan pusingan tayar,memerlukan skil yang tinggi untuk mengelak tompokan tahi lembu serta tiupan angin dari hadapan yang menyebabkan mental down terpaksa dilalui oleh 470 orang peserta kayuhan Agro Bike Seberang Perak 2011.

Itu semua tidak menjadi halangan besar untuk sampai kegarisan penamat.Baju yang cantik dan berkualiti..Goodies yang menarik..petugas yang mesra lagi baik..air minum yang berlebihan serta makanan penambah tenaga diberi kpd semua  riders membuatkan Penganjuran TERBAIK yang pernah Leroi sertai.

Terima Kasih kepada pihak penganjur..  

 

- Salam LeRoiMTB -