Saturday, June 18, 2011

Death or Alive


Check point 4 to UTP

Kegembiraan menatap gambar gambar cantik tak mungkin mendapat kepuasan yang sejati..Tapi kita tahu kita kadang kadang tidak berpeluang dan mendapat ruang yang banyak seperti orang lain.Oleh itu Leroi MTB cuba untuk berkongsi dengan rakan rakan sekayuhan yag tidak dapat bersama sama menikmati aktiviti pada pagi 18hb Jun 2011 ini..

Bermula dengan angan angan untuk menakluki check point 4 akhirnya tertunai juga dengan bantuan orang kuat Kelab Berbasikal Sri Iskandar...Pak Chuu and Bro Dolah

Kehadiran ahli baru menyertai kayuhan kali ini menambahkan semangat untuk terus berkayuh.Pada mulanya hanya 11 orang jer tapi dipertengahan jalan jumpa dgn anak anak polis..ahli bertambah menjadi 14 orang..


 aiks....orang pujmac pun ada...?

 borak's time


 leroimtb blogger...sedia bersama anda walau dimana jua..


Seperti kata Zaman.kayuhan kali ni diberi nama kayuhan maut...walaupun semuanya ditangan Allah..doa dipohon kepadaNya agar perjalanan kami tidak di cemari dengan sesuatu yang tidak elok dan dihindarkan daripada berlakunya musibah.
 kayuh...kayuh....kayuh....

 biasa ler kalau jadi wartawan..kejap kat depan kejap kat belakang..

 meor nixon.orang baru dari uitm sri iskandar

duk kat belakang ni pasang strategi ker..

Permulaan offroad..kami telah disajikan dengan uphill yang agak mencabar.Setahun lebih laluan ini tidak dilalui jadi semua batu yg tidak stabil berada diatas permukaan jalan.Ini menyukarkan kayuhan..


 ada yang tolak  dan ada jugak yang berkayuh..

 eh..eh..macam tak percaye jer...

 Bro Kamarunzaman



 Dah lama tak berkayuh dengan orang kuat kuat....One Bote

 Eksyen btoi yang dapat kayuh tu


 Ariff mampu tersenyum lagi...

Tak sangka masih ada lagi tempat yang indah dan tenang untuk di abadikan

 Sama spt gambar atas tp yg nie di edit skit..


 Kalau dah tak larat tu nolak jer lah...


 Tolak jer lah..
 Orang lain tolak basikal tapi si Azuwan tolak pokok..moral of the story jangan beli basikal yang ringan2..kalau ringan jadi macam ni lah...

 Rehat jap...

 Halangan...memang nampak memenatkan tapi kepuasan yang paling utama

 Owh... duit nie...


From left:  Rizal,Pak Chu,Fakurazi,Ariff


 Cakap jer laluan mana yang susah...... kami tetap akan mencuba

 Air terjun yang belum dicemari.Jaga jaga kot kot ada jangkitan leptospirosis.kat sini ada byk anak ikan tengas...




 Berehat sebentar..memang tegheber...

 Tak sayang basikal ker..bergelimpangan jer nih...Btol2 leroi nie..


 Yang lain menolak tapi Ariff tetap mahu mencuba...

 Terpaksa ler basikal naik atas tuan kalau dah laluan terhalang mcam nie.


 macam dlm iklan rexona...tayar basikal Ariff tercabut..

 Gooooooo..Faku goooooo...

Ada yang tolak..ada yang kayuh..jgn tak tau ada jugak yang terjerombab


 Sesat sudah..nasib baik bawa baca peta

 Sekitar tempat penginapan pekerja yag mencuci hutan balak...

 Penat woooo....

 Lain macam jer  Fakurazi tu nenang M.Noor..ni ler masalanya kalau dalam hutan..

 Tumpang berehat



 Jangan ler kentut depan orang..


 nak pinjam buat tangkap ikan

Sekitar jam 11.00 pagi kami tiba semula di perkarangan pejabat kesihatan Perak Tengah.Laluan kali nie bermula di sekitar jalan Parit Ke Sri Iskandar dan keluar ikut sebelah UTP,Tronoh.Jarak kayuhan lebih kurang 18km sahaja tapi laluan yang telah lama ditinggalkan membuatkan ia mengambil masa yang panjang.

Laluan berbatu yang tidak stabil membuatkan kesukaran dalam berkayuh.Batu batu telah berlumut membuatkan laluan makin merbahaya.Keselamatan perlu dijaga.Kayu balak tumbang memaksa pengayuh memikul basikal.pokok2 kecil dan ranting kayu yang menghalang laluan terpaksa dibersihkan.

Walaupun penat dan ada yang cramp tapi semuanya selamat tiba dan mendapat kepuasan yang tersendiriBagi yang berminat untuk mencuba laluan ini..kita aturkan dilain masa..insyaallah kita sama2 meredah belantara..

- SalamLeroiMTB -

No comments:

Post a Comment